Doa-Usaha-Istiqamah-Tawakal (D.U.I.T)


...Assalamualaikum w.b.t.h dan Salam Sejahtera...

Pembaca yang dihormati...


Selamat Datang dan Salam Perkenalan dihulurkan kepada anda semua. Terima Kasih di atas kesudian anda melawati blog saya.


Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA, laman blog ini berjaya juga saya siapkan dengan jayanya.


Mencari D.U.I.T.(Doa-Usaha-Istiqamah-Tawakal). Itulah tujuan utama saya menulis dan membina blog ini khusus kepada pembaca/pengikut blog saya ini dan juga kepada ahli-ahli lama serta ahli-ahli baru yang bakal bersama saya dalam Team Mencari D.U.I.T. ini.


Pernahkah anda terfikir untuk memiliki perdagangan antarabangsa sendiri? Pendapatan berterusan walaupun ketika anda sedang tidur? Atau berkongsi satu usaha yang menguntungkan dengan rakan, teman dan keluarga daripada satu pelusuk dunia?


Jika Ya, saya percaya dan yakin selepas membaca blog saya ini anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang program yang bakal saya perkenalkan nanti. Program ini melalui satu pelan pemasaran yang komprehensif, telah terbukti membuka banyak peluang kepada ramai individu yang bermotivasi untuk mencapai impian.


Satu program keusahawanan yang dibina berasaskan perancangan dan penyelidikan rapi, mengambil kira aspek frasarana, latihan dan strategi pemasaran. Program yang saya maksudkan ialah Program Keusahawanan Global Uptrend Network Sdn Bhd, Trend Terkini Dunia Keusahawanan. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut.